Tuesday, January 13, 2009

Jualan Perodua melonjak (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 16 Jun - Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah melonjakkan permintaan terhadap kereta keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dengan Viva menjadi model paling popular di negara ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar mendakwa model Viva mencatat peningkatan tempahan sebanyak 24 peratus.

Beliau berkata, pada masa yang sama lebih 50 peratus pusat pameran mengalami kesesakan apabila orang ramai mengambil peluang untuk meninjau model berkenaan.

"Selain Viva, model seperti Myvi dan Kancil juga menjadi pilihan mereka ketika datang ke pusat pameran kami.

"Senario ini menunjukkan segmen kereta kompak yang dipelopori Perodua terus menjadi pilihan utama rakyat untuk berjimat sejak kenaikan harga minyak," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan identiti korporat baru Perodua, di sini hari ini.

Pengenalan identiti itu yang melibatkan slogan dan logo baru Perodua bersempena ulang tahun penubuhan syarikat itu yang ke-15.

Mengulas lanjut, Syed Hafiz berkata, sepanjang lima bulan tahun ini, sejumlah 26,000 buah kereta Viva berjaya dijual, manakala jumlah keseluruhan dijual sejak hari pertama pelancarannya adalah 72,000 buah.

Tambah beliau, Myvi pula mencatatkan jualan sebanyak 37,000 buah dengan jumlah keseluruhannya telah mencecah 241,000 buah untuk mengekalkannya sebagai model kereta nombor satu di Malaysia.

Bulan lalu, Perodua melancarkan kenderaan utiliti sport (SUV) kompak pacuan empat roda, Perodua Nautica.

Model terbaru itu menggantikan model Kembara yang berada di pasaran sejak Ogos 1998 dan dihentikan pengeluarannya sejak bulan Disember 2006.

Sementara itu, Syed Hafiz berkata, pengenalan identiti korporat Perodua dijangka akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pengeluar kereta kompak di negara ini.

Katanya, pelaksanaan penjenamaan semula itu akan membolehkan syarikat berdepan dengan cabaran baru dalam industri automotif yang semakin terbuka bagi memastikan jenama Perodua terus relevan kepada masyarakat.

Identiti korporat baru Perodua merupakan inisiatif yang dipacu oleh visi jenama yang dikenali 'Pemikiran Segar Untuk Menggerak Malaysia', bagi menggambarkan pengambilan pekerja yang terbaik, proses dan teknologi untuk membangun nilai global kepada model Perodua.

Identiti korporat itu turut mewakili kenyataan jenama 'Membangun Kereta, Masyarakat Menjadi Keutamaan' yang menjadi dasar utama dalam penekanan terhadap kepentingan elemen manusia dalam memastikan syarikat terus bergerak ke hadapan.

Friday, January 2, 2009

Agent sells vehicle


We is company bumiputra which sells various kinds kerata new and used kluang in the vicinity johor malaysia, we also provides service insurance, title change road tax vehicle and reform.

if you keen please contact en.mat hp: 013-7974164 or SMS

We helpful you






sila lawati web http://www.kurnia.com/malaysia/